Bila harga minyak turun…

Selepas pengumuman harga minyak akan turun.

Kedai Makanan

Pelanggan: Kamu dah dengar harga minyak nak turun? haa..harga makanan kamu tu tak nak turunkan jugak ke?

Tauke: Macam mana saya nak turunkan harga makanan saya bang oi..Harga minyak yang turun pun tak sampai 20 sen. Harga barang lain dah tentu tak turun banyak jugak. Ayam tetap RM 7 lebih sekilo. Harga beras dok takat tu jugak..

 

Trek lumba haram Air Kuning

Rempit 1: Betul ke harga petrol dah turun 20 sen?

Rempit 2: Turun 20 sen? Hang silap dengar kot..15 sen je.

Rempit 1: Ler.. nak rase ape gitu. Tapi boleh rempit lagi sakan kot lepas ni..hahaha. Kalau menang race  malam ni dapat ape? Bohsia ke?

Rempit 2: Tak. Minyak petrol seliter..

Rempit 1: Ceh…kalau aku tak menang?

Rempit 2: Ikut keadaan la. Kalau sebab motor hang tak laju, motor hang kena bagi kat depa la. Kalau sebab accident, kain kapan 3 meter cukup kot noo… 

 

Di sebuah rumah keluarga bahagia,

Anak: Papa..minyak kereta dah turunkan?

Papa: Iye anakku..kenapa tanya ni?

Anak:Boleh la papa tambah duit belanja sekolah adik lagi 50 sen. Hari tu kan papa dah potong 50 sen masa harga minyak naik..

Papa: Aiyoo..problem.

 

Di tepi jalan,

Wartawan: Apa komen saudara mengenai penurunan harga minyak oleh Kerajaan Pusat?

Pejalan kaki: Ini semua strategi untuk memancing undi di Permatang Pauh. Tapi saya rasa depa boleh menang pilihan raya ni kalau turunkan lagi 50 sen.. Ala yang senang nanti depa jugakkan.. Lebih baik dari kempen tabur fitnah kat orang lain. Betul tak saya cakap? Angguk la sikit kepala, nak kena belasah lagi ke?

Hello world!

Welcome to matekaji weblog.(edit sikit dari wordpress) Jika anda perasan, matekaji merupakan salah satu perkataan dari ayat atau password yang digunakan oleh Ketua Penyamun, Ali Baba dan Kassim Baba untuk membuka pintu gua( Filem Ali Baba Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee).

Namun begitu blog matekaji ini sebenarnya tiada kaitan dengan filem tersebut. Blog ini merupakan blog bebas dan tempat saya untuk menulis apa yang terlintas difikiran..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.