Bila harga minyak turun…

Selepas pengumuman harga minyak akan turun.

Kedai Makanan

Pelanggan: Kamu dah dengar harga minyak nak turun? haa..harga makanan kamu tu tak nak turunkan jugak ke?

Tauke: Macam mana saya nak turunkan harga makanan saya bang oi..Harga minyak yang turun pun tak sampai 20 sen. Harga barang lain dah tentu tak turun banyak jugak. Ayam tetap RM 7 lebih sekilo. Harga beras dok takat tu jugak..

 

Trek lumba haram Air Kuning

Rempit 1: Betul ke harga petrol dah turun 20 sen?

Rempit 2: Turun 20 sen? Hang silap dengar kot..15 sen je.

Rempit 1: Ler.. nak rase ape gitu. Tapi boleh rempit lagi sakan kot lepas ni..hahaha. Kalau menang race  malam ni dapat ape? Bohsia ke?

Rempit 2: Tak. Minyak petrol seliter..

Rempit 1: Ceh…kalau aku tak menang?

Rempit 2: Ikut keadaan la. Kalau sebab motor hang tak laju, motor hang kena bagi kat depa la. Kalau sebab accident, kain kapan 3 meter cukup kot noo… 

 

Di sebuah rumah keluarga bahagia,

Anak: Papa..minyak kereta dah turunkan?

Papa: Iye anakku..kenapa tanya ni?

Anak:Boleh la papa tambah duit belanja sekolah adik lagi 50 sen. Hari tu kan papa dah potong 50 sen masa harga minyak naik..

Papa: Aiyoo..problem.

 

Di tepi jalan,

Wartawan: Apa komen saudara mengenai penurunan harga minyak oleh Kerajaan Pusat?

Pejalan kaki: Ini semua strategi untuk memancing undi di Permatang Pauh. Tapi saya rasa depa boleh menang pilihan raya ni kalau turunkan lagi 50 sen.. Ala yang senang nanti depa jugakkan.. Lebih baik dari kempen tabur fitnah kat orang lain. Betul tak saya cakap? Angguk la sikit kepala, nak kena belasah lagi ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: